SEPANG – Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Di tempat kedua ialah pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40’54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40’54.370s.


Semalam Zulfahmi mencatat masa terpantas pada kelayakan untuk menempah petak pertama
Keputusan cemerlang itu juga sebagai hadiah hari lahir buat Zulfahmi yang genap usia 21 tahun, semalam dengan catatan masa dua minit, 13.885 saat meninggalkan Jonas Folger dari pasukan Mapre Aspar Team 2’14.151s.

Apapun kejayaan anak kelahiran Banting, Selangor itu yang mencatat sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama melakar keputusan cemerlang itu turut disambut dengan sorakan gembira daripada para penonton yang menyaksikan kelayakan tersebut.


- BERNAMA

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top