Satu video memperlihat bagaimana seorang pawang buaya wanita yang sedang menjalankan ritual diterkam di muka oleh sang buaya.

Buaya yang asalnya kelihatan jinak, akhirnya dilihat menerkam muka pawang tersebut ketika dia cuba melakukan ciuman kali kedua.

Pawang buaya yang malang itu akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan di muka.
Difahamkan ritual ini adalah untuk pelepasan buaya mengikut tradisi penduduk di Desa Massewa, Pinrang, Sulawesi Selatan. Tetapi apa yang menakutkan ialah, hanya seutas tali sahaja diikat di leher buaya tersebut.


Walaupun pawang itu dikejarkan ke hospital, aksi itu diteruskan dengan seorang wanita separuh umur yang secara tiba-tiba dirasuk dan meminta telur mentah lalu menelannya, setelah itu wanita separuh usia itu menari-nari dihadapan tetamu yang lain.

Dan yang bestnya, buaya tu tetap cool sahaja walaupun setelah menerkam muka pawang buaya sebelum itu.


sumber : forblogger.net

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top