GUA MUSANG - Menurut lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran dengan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam.


“Setelah terdengar dentuman kuat, tubuh saya menggigil sewaktu melihat seorang wanita yang berlumuran darah dengan tubuhnya hampir putus 2 di bahagian pinggang akibat diseret oleh sebuah kereta”


Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada 3 anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu 2, Kuala Nerus, dekat sini, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan.

Manakalah rakannya, Masitah Ramli, 30, yang membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai.

Dalam kejadian tersebut, motosikal dinaiki mereka dikatakan telah dirempuh oleh sebuah Proton Satria yang gagal memotong sebuah lori, dan menyebabkan Halijah terseret di bawah kereta itu dalam jarak beberapa meter.-suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top