NAJIB (berdiri, lima dari kiri) bergambar bersama para perenang yang berjaya menamatkan Ekspedisi Renang Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia di Bangunan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan pangkat kesemua tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) atas kejayaan mereka melaksanakan cabaran itu baru-baru ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian insentif wang tunai berjumlah RM120,000 kepada mereka serta tujuh perenang simpanan yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seorang jurulatih.


“Bagi perenang solo, kita setuju berikan RM20,000. Perenang lain RM10,000 seorang. Pasukan simpanan dan jurulatih RM5,000 seorang,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan dan jamuan tengah hari bersama peserta ekspedisi itu di Dewan Bankuet Parlimen di sini semalam. -kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top