SINGAPURA – Pemerintah di sini membuka sebuah terminal kapal persiaran baharu yang setanding dengan pusat persinggahan kapal-kapal mewah bertaraf dunia sebagai usaha menjadikan republik itu sebagai hab pelancongan serantau.

Dikenali dengan nama Pusat Pelayaran Kapal Teluk Marina, ia dibuka secara rasmi kelmarin.

Pembinaan terminal tersebut membolehkan pulau ini memenuhi peningkatan bilangan pelancong di Asia yang bercuti di atas kapal-kapal persiaran mewah.


Pusat pelayaran itu beroperasi hasil kerjasama di antara pihak Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura dan syarikat Eropah, Creuers del Port de Barcelona.

Terminal berkenaan boleh menempatkan kapal penumpang seberat 220,000 tan dengan panjang melebihi 360 meter.

Bangunan tersebut turut dilengkapi pelbagai kemudahan yang dibina dengan kos sekitar Sg$500 juta (RM1.25 bilion).

Ketua Eksekutif terminal berkenaan, Melvin Vu berkata, Singapura bakal menjadi pangkalan utama pelayaran kapal-kapal mewah berikutan terminal moden yang dimilikinya.

“Pembukaan rasmi terminal menjadi mercu tanda kepada satu perubahan signifikan dalam perkembangan landskap pelayaran di Singapura dan rantau ASEAN,” katanya.

Singapura mencatatkan kehadiran 13.2 juta pelancong asing tahun lalu dengan hasil industri pelancongan mencecah Sg$22.3 bilion (RM55.6 bilion). – AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top