PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menyangkal desas-desus kononnya filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba akan ditunda tarikh tayangannya buat kali ketiga.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak menjelaskan sehingga kini pihaknya tidak melakukan apa-apa perubahan kerana tarikh tayangannya tetap pada 15 November depan seperti yang sudah dipersetujui.

"Dakwaan itu tidak benar kerana buat masa ini tarikh tayangan Tanda Putera masih sama seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.


Beliau diminta mengulas khabar angin kononnya filem yang sebelum ini dijanjikan tayangan pada 13 September lalu itu akan melalui proses pertukaran jadual kali ketiga selepas mendapat tarikh tayangan pada 15 November depan.


Pelakon Rusdi Ramli (bertopi) memegang watak sebagai Tun Abdul Razak dalam filem Tanda Putera.

Dalam pada itu, Naguib berkata, pihak Finas akan mengadakan satu sidang media khas berhubung filem berkenaan selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Ditanya apakah inti pati sidang akhbar itu, Naguib bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya meminta pihak media hadir untuk mengetahui perkembangan terbaharu filem tersebut.

"Jika saya bagi tahu sekarang maka semasa sidang media nanti tiada benda pula nak cakap. Jadi tunggu kenyataan baru nanti," katanya yang memaklumkan antara agenda sidang media itu adalah untuk memantapkan strategi pemasaran filem berkenaan.

Tanda Putera dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi yang antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Ia menjadi kontroversi kononnya karya tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.-mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top