Nama Tasha Shila semakin hari semakin popular bukan sebab kejayaannya sebagai pelakon, tapi sebab asyik menimbulkan kontroversi.

Ada saja cerita yang tidak manis mengenai dirinya. Masakkan pokok akan bergoyang jika tiada angin bukan.
Orang tidak akan mengata atau cakap-cakap belakang kalau dia tidak lakukan perkara itu.
Sebelum ini kecoh apabila dia dikatakan menari tarian ghairah di sebuah disko, namun seperti biasa dia akan menafikannya.

Tetapi selepas itu lain pula cerita apabila dia sendiri mengaku ke kelab malam untuk tenangkan fikiran. Aik?
Kemudian apabila telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 untuk kategori Artis Baru Terbaik ada yang mempertikaikan yang dia sebenarnya ‘undi diri sendiri’.

Dan yang terbaru Tasha dikatakan telah ditaja individu bergelar Datuk J dengan memberikannya sebuah BMW pulak.

Sukar untuk mendapatkan kepastian itu dari Tasha Shila, kerana setiap kali mahu menemubualnya ada saja alasan yang diberikan.
Bukan sekali dua, tapi sudah berkali-kali.

Kalau boleh ubahlah sikit tabiat tu, Tasha sebenarnya mempunyai bakat besar, sayang jika tidak diseiringkan dengan kehidupan yang sihat.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kerana berjaya memenangi Anugerah Blockbuster untuk Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie), pada Sabtu lalu.

sumber : mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top