Tasha Shila Jawab Isu Pakai Baju Bersalib
KUALA LUMPUR – Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012.
Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.
Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai ‘dress’ labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.
Dengan ‘hadirnya’ simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.
Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.
“Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha.
“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,” kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.
“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” katanya.
Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib.
Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan ‘hood’ dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan ‘munculnya’ simbol salib.
Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut.
“Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.
“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” kata Hazwani.
OhBulan
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda