Tasha penat, walaupun sudah beberapa kali menafikan mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan Datuk J, namun Tasha masih lagi dipalit dengan kontroversi yang sama di mana terbaru gadis berusia 25 tahun ini dikatakan terpilih menjadi duta sebuah pertunjukan fesyen, ‘I Love Malaysian Designer’ anjuran syarikat milik Datuk J.

“Jika boleh Tasha tak nak komen lagi apa-apa berkaitan Datuk J sebab Tasha sendiri tidak kenal Datuk J mana yang mereka maksudkan. Tasha berkawan dengan ramai orang tapi Datuk J yang dikaitkan dengan itu, Tasha tak tahu. Kalau boleh, Tasha nak sangat jumpa dengan Datuk J sebab nak tahu juga siapa dia.


“Berkenaan isu majlis ‘I Love Malaysian Designer’ ini adalah anjuran oleh Datuk J, ia tidak benar sama sekali. Apa yang Tasha boleh katakan, majlis pertunjukan fesyen ini merupakan anjuran Brew & Skittles yang diasaskan oleh Mutiara Bahir.

Kalau tak percaya boleh tanya pihak penganjur sendiri,” ujar Tasha ketika ditemui pada majlis sidang media ‘I Love Malaysian Designer’, di Hotel Royal The Curve, petang Selasa.

Menerusi beberapa gosip sebelum ini, Tasha Shila dikatakan telah ditaja oleh Datuk J apabila memiliki sebuah kereta mewah dan pernah berparti dengan Datuk tersebut.

Kecewa dengan kontroversi yang timbul, Tasha turut meminta agar pihak di luar sana menghentikan segala spekulasi mengenai Datuk J yang dikatakan kononnya menaja kehidupan beliau selama ini.

“Hentilah mengaitkan saya dengan mana-mana Datuk lagi terutama sekali Datuk J. Saya kecewa sebab saya sendiri berusaha keras untuk mengecapi apa yang saya dapat sekarang. Saya harap benda ini tak diperbesar-besarkan lagi sebab saya tak suka bila ia melibatkan keluarga saya.

“Saya kesian dengan keluarga kerana mereka terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif dari orang sekeliling. Walaupun saya kecewa, saya tetap tabah kerana saya anggap ini adalah permainan industri. Saya hanya mahu fokus terhadap kerjaya dan tidak mahu berfikiran negatif,” ujar Tasha sambil mengakui dirinya kini masih belum berpunya.

“Saya masih solo dan tak ada hubungan dengan mana-mana Datuk seperti yang didakwa. Bila ada yang cakap saya dengan Datuk J, orang di luar sana jadi takut nak dekat dengan saya. Secara peribadi, saya tak pernah memilih status dan membuka ruang kepada sesiapa saja yang ingin mengenali saya.” -forblogger

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top