Pak Do dan penduduk kampung berharap pihak yang prihatin sedia membantu mereka untuk mendapatkan tabung masjid yang baru dan kukuh.
Jawatankuasa Masjid, Mohd Senik berkata, pelbagai usaha dijalankan bagi mengelakkan kejadian ini berulang, namun pencuri akan menukar taktik dan mengambil semua wang di dalam tabung.
Menurutnya, kejadian ini sering berlaku di antara waktu Zohor dan Asar, iaitu ketika tiada sesiapa berada di dalam masjid.
“Kami mengesyaki kejadian ini dilakukan oleh orang luar, kerana sebelum ini, ada individu yang tidak dikenali, berpura-pura tidur dan berlegar-legar di dalam masjid.
“Dia mungkin menunggu semua jemaah keluar sebelum bertindak merosakkan tabung dan mencuri wang,” katanya, semalam.
Mohd yang juga dikenali Pak Do berkata, pihaknya cuba untuk mendapatkan tabung baru, memandangkan bekas sedia ada terlalu mudah diumpil.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihaknya berharap dapat menyediakan peti besi yang lebih kukuh, namun ia menelan belanja yang tinggi.
Menurutnya, sebuah tabung berkenaan dijual pada harga RM1,800 sedangkan sumber yang ada, tidak mencukupi.
“Jika ada rezeki, kita memerlukan dua tabung yang kukuh, untuk diletakkan di bahagian solat muslimin dan muslimat.
“Sumbangan orang ramai ini, akan melancarkan lagi urusan masjid untuk aktiviti pada masa depan,” katanya.
sumber
kerajaan malaysia wajib laksanakan hukum hudud ,,,lihat sajelah di arab saudi,,,waktu solat zuhur x tutup kedaipun xde apepun kene curi ,,,,hukum allah apabila dilaksanakan insya allah aman dan selamat bumi malaysia,,,yakinlah pd hukum allah
BalasHapus