NAZNI (kiri) dan Ismail menutup muka masing-masing ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Perbuatan haram dua kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dituduh mengedar ganja lebih enam kilogram tahun lalu berbalas apabila kedua-duanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, setelah mendapati keterangan membela diri tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.



“Mahkamah mendapati keterangan yang dibuat kedua-dua tertuduh ketika di peringkat membela diri sengaja diada-adakan walaupun watak Ravi terdapat dalam kes ini namun peranannya sengaja diwujudkan.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pemilikan dan pengedaran dadah oleh kedua-dua tertuduh serta melampaui keraguan munasabah,” kata Mohd. Zaki dalam penghakimannya. -kosmo

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top