sekadar hiasan

BAGI mahasiswi yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.


Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.


“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.

“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.
Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.

“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan.

sumber

Posting Komentar

  1. "Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula"

    Haa..? Kalau betul budak ni cakap mcm ni, nampak sangat tak pegi sekolah..
    Nak mengulangi ape nyer..
    Da barai..

    Bangang..

    BalasHapus
  2. bohsia tetap bohsia

    BalasHapus
  3. xapelah die dah insaf keinsafan adalah perkara yg mulia moga Allah menerima keinsafanya dan moga perkhawinan mereke kekal hingga hayat terakhir aminn

    BalasHapus
  4. Astaghfirullah allazim.. Jangan berik tanggapan buruk terhadap seseorang yang hendak kembali bertaubat kepada Allah. Manusia tidak pernah terlepas daripada dosa. Sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat. Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk seluruh umat Islam.

    BalasHapus
  5. Kalau dia dah sedar dan bertaubat alhamdullilah....kita x boleh nak judge orang..tak boleh nak hukum orang ..kalau dia dah sedar satu permulaan yg baik...manusia sering mlakukan kesilapan....jadi jangan maki2 orang ye

    BalasHapus
  6. Mcm la diri org yg memaki org len tu baaaik sangggatt......org yg nk bertaubat tu lbh baik drp memaki org, muhasabah la diri sblm nk maki org

    BalasHapus
  7. Nilah sikap org melayu....bila salah org npak salah sendri sorok..
    Nk wat cm ne dah dia terlanjur sebab terikotkn nafsu muda n skg dia day taubat kta terima jela dia....dari dia buang ank yg xtaw pape tu cm nekn.....jng suka sgat nk hukum2 org sedang hidop kta or keluarga kta nanti kta xtaw lg mcm manakn....renung2kn la ye wahai sedara seislam...

    BalasHapus
  8. Kita ni tak ade dosa ke,nak judge orang...fikirkan..jangan fikir dosa orang

    BalasHapus
  9. dia lebih mulia dari korang yang duk mengata dia...skurang2nya dia insaf dgn perbuatan dia...mcm korang ni bila nk insaf duk mengata org? korang igt korang tu alim sgt? tk penah bt dosa?

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top