Serina
Dalam rancangan itu, Serina bakal digandingkan bersama chef dari Maghribi, Chef El Hadi.
Teruja kembali mengacara, Serina berharap program itu dapat menarik perhatian peminat.
“Rancangan ini amat berbeza daripada rancangan masakan yang lain kerana ia menumpukan kepada masakan daripada kepelbagaian etnik masyarakat tempatan termasuklah di Sabah dan Sarawak.
“Pelbagai cabaran yang kami lalui semat-mata mahu mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli,” kata ibu kepada dua anak ini.
Tambah Serina, program masakan yang telah menjalankan penggambaran sejak 19 September itu bakal menampilkan 13 lokasi berserta pelbagai menu yang pastinya menambat selera penonton.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda