KEADAAN rumah yang terbakar dan menyebabkan sepasang kekasih maut di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu di sini mengalami kebakaran semalam.

Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis rumah bandar itu berlaku pada pukul 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa, Ang Lye Hock, 52, dan Angielee Ambrose, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.


Difahamkan, Lye Hock yang merupakan rakyat Singapura dan Angielee yang berasal dari Sabah, sebelum itu dipercayai bertengkar di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum berlaku kebakaran.

Seorang jiran mangsa yang juga pengurus bangunan berkenaan, Baharudin Saffri Aksan, 46, berkata, kejadian disedari ketika dia berada di balkoni untuk membersihkan penyaman udara rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah pasangan itu.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top