Justin dan Jessica akhirnya menjadi pasangan suami isteri.


PELAKON Jessica Biel dilaporkan akan menukar namanya selepas berkahwin dengan Justin Timberlake pada Jumaat lalu di Borgo Egnazia, Puglia, Selatan Itali.

Seperti dilaporkan oleh Contactmusic, Jessica memang telah merancang untuk menukar nama belakangnya mengikut nama keluarga Justin iaitu Timberlake.

Bagaimanapun, Jessica tetap akan menggunakan nama asalnya di persada seni lakonan.

"Dia memberitahu akan secara rasmi menukar nama selepas berkahwin dengan Justin," ujar sumber pasangan itu.

Gambar pernikahan pasangan itu akan disiarkan oleh majalah People hujung minggu ini.-mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top