Dalam suatu riwayat Nabi SAW bersabda,: “Barang siapa menyia-nyiakan solat, maka Allah SWT akan mengazabnya dengan 15 seksaan. Enam macam seksaan akan ditimpakan ketika di dunia, tiga macam seksaan ketika mati, tiga macam seksaan ketika di alam kubur, dan tiga macam seksaan ketika bangkit dari kubur.
Enam macam seksaan yang akan ditimpakan di dunia adalah :
Allah SWT akan mencabut keberkahan umurnya.Tiga macam siksaan ketika di alam kubur adalah :
Allah SWT akan menghapuskan ciri-ciri kesolehan dari wajahnya.
Seluruh amal solehnya tidak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Allah SWT tidak akan mengangkat do’anya ke langit.
Seluruh makhluk di dunia akan mencercanya.
Tidak akan mendapat bahagian dari do’a orang-orang soleh.
Tiga macam siksaan ketika mati adalah :
Dia akan mati dalam keadaan hina.
Dia akan mati dalam keadaan lapar.
Dia akan mati dalam keadaan haus, sehingga walaupun dia diberi minum air seluruh samudera di dunia tidak akan dapat menghilangkan kehausannya.
Allah SWT akan menyempitkan kuburnya dan menghimpit tubuhnya, sehingga tulang-tulang rusuk kiri & kanannya saling bersilangan.
Api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan ia akan diguling-gulingkan di dalam baranya siang dan malam.
Allah SWT akan memasukkan ular berbisa yang bernama Syuja’ul-Aqra’ ke dalam kuburnya, kedua mata ular tersebut dibuat dari api, kuku-kukunya dari besi, panjang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya, “Aku adalah Syuja’ul-Aqra’!” Suaranya seperti petir yang menyambar, ia berkata lagi, “Tuhanku telah memerintahkan aku untuk menyeksamu, kerana kamu telah menyia-nyiakan solat Subuh hingga Dzuhur.
Kerana kamu telah menyia-nyiakan sholat Dzuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isya’, dan Isya’ hingga Subuh”.
Setiap pukulan akan membenamkan orang itu ke dalam tanah sedalam 70 hasta, lalu dengan kukunya ular itu akan mencungkilnya lagi keluar dari tanah, terus berulang-ulang sampai hari kiamat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari adzab kubur.
Tiga macam seksaan yang akan ditimpakan pada hari kiamat (ketika dibangkitkan dari kubur) adalah :
Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menarik orang itu hingga ke neraka Jahanam dengan wajah terseret.
Pada hari Hisab, Allah SWT akan memandang dengan pandangan murka, sehingga gugurlah daging wajah orang itu.
Allah SWT akan menghisabnya dengan hisab yang sangat keras, tiada keringanan sedikitpun baginya selama-lamanya, sehingga Allah SWT memasukkannya ke dalam neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat.
Na’udzubillahi min dzalik. Semoga Allah SWT melindungi kita dari seksa-seksa tersebut dan menjadikan diri, keluarga, sanak saudara kita dan semua manusia mampu menjaga solat dengan baik seperti yang telah dicontohkan Nabi Muhammad SAW.-informasi
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda