Nadia, seorang gadis naif yang berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung Malaysia.

Tanpa bermodalkan kelulusan tinggi, gadis yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke ibu kota bagi mencuba nasibnya sebagai pekerja kilang.

Namun, tidak sampai 2 bulan berada di Kuala Lumpur, dia yang berkenalan dengan seorang ahli perniagaan, Zahrain, 53, telah mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.

Beliau diberi duit poket sebanyak RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda serta disediakan rumah dan kereta untuk kegunaannya.

Nadia yang nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata mahukan kemewahan serta keselesaan hidup setelah lelaki tersebut berjanji akan menjadikannya isteri kedua.

Tetapi itulah janji manusia yang hanya pandai menabur janji. Kini baginya janji itu hanya tinggal sebagai janji. Impiannya bagi menjadi suri hidup lelaki kaya tersebut tidak kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan perempuan simpanan selama 12 tahun lalu.

Setiap kali dia mengajukan soalan berkaitan perkahwinan kepada lelaki berkenaan, pelbagai alasan yang akan diberikan Zahrain seperti belum bersedia serta minta dia (Nadia) untuk bersabar.


sumber

Posting Komentar

  1. Semoga cerita ini akan menjadi panduan golongan hawa di luar sana....Jangan sekali-kali percaya akan janji2 seperti ini kerana ianya tidak akan menjadi kenyataan. Percaya lah bahawa, ikatan yang bermula dengan zinah tidak akan menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun. Jarang ada lelaki yg sudah berkeluarga dan berduit akan menikahi perempuan lain, kecuali terpaksa. Kalau perempuan itu boleh melayani nafsu serakahnya tanpa apa2 ikatan yang sah, buat apa lagi nak khawin? Kamu fikir lah sendiri...

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top