Ramai yang terperangkap apabila menganggap hubungan seks adalah hubungan nafsu. Hubungan seks bukanlah hubungan nafsu, ia adalah hubungan cinta. Nafsu yang menggerakkan diri untuk teringin melakukan hubungan seks tetapi cinta yang menyebabkan sesuatu hubungan seks itu menjadi hubungan yang penuh nikmat.

Hubungan seks tanpa perasaan cinta adalah seperti air teh tidak ada gula. Rasanya tidak sama. Manusia di beri akal fikiran, perasaan dan nafsu. Manakala binatang di beri nafsu tanpa akal fikiran. Jika kita melakukan hubungan seks berdasarkan nafsu, kita sama sahaja seperti binatang.


Hubungan seks berlaku apabila dua orang mempunyai rasa cinta antara satu sama lain dan kedua – duanya sukarela menyerahkan diri pada pasangan masing – masing. Kemuncak pada hubungan cinta pula adalah orgasme ketika melakukan hubungan seks.

Anda perlu faham bahawa seks adalah kehendak nafsu namun ia berlaku atas dasar cinta. Bukannya atas dasar hendak puaskan nafsu sendiri. Sebagai seorang lelaki dan suami, anda pasti ada rasa terangsang apabila anda melihat tubuh wanita lain selain dari isteri anda.

Namun, oleh kerana anda cintakan isteri anda, anda tidak layan nafsu anda itu dan tetap adakan hubungan seks hanya dengan isteri anda. Inilah bukti, seks adalah hubungan cinta bukannya nafsu.

Bagi yang melayan juga nafsu diri dan lakukan hubungan seks selain dari isteri atau suami yang sah, mereka sudah di kuasai nafsu dan mereka tidak akan rasa nikmat sebenar hubungan seks. Nikmat yang mereka rasa ketika itu adalah nikmat palsu yang di dorong syaitan durjana.

Jangan berperangai seperti binatang dan nikmatilah hidup sebagai seorang manusia yang baik. Manusia akan lebih bahagia jika mereka hidup sebagai seorang manusia bukannya sebagai seorang binatang. Gunakan perasaan cinta, akal fikiran dan nafsu pada sesuatu yang haq. – Kuatbatin

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top