PENYERANG import Kedah, Abdel Fatah Safi berhasrat untuk terus menyumbang khidmatnya buat Hijau Kuning pada musim depan, biarpun pasukan tersebut bakal beraksi di Liga Perdana, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Difahamkan, kontrak Safi bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal ditamatkan, namun pemain kelahiran Perancis itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi bakal menerima setiap keputusan yang akan diputuskan.


“Saya suka pasukan ini, satu pengalaman yang indah berada di sini dan Kedah adalah sebuah tempat menarik walaupun tidak besar seperti Kuala Lumpur dan berharap KFA akan mempertimbangkan masa depan saya bersama Hijau Kuning pada musim depan sekiranya khidmat saya masih diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian sebelum berlepas pulang ke Perancis di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, semalam.

Sebelum ini, Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah melalui laman sosialnya, Hijaukuning.Com menyiarkan wawancara bersama Ketua Jurulatih Kedah, Mario Tot menyatakan kemungkinan besar pasukan tersebut bakal mendapatkan pemain import lain untuk memperkukuhkan barisan tersebut pada tahun 2013. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top