BEBERAPA anggota APMM menunjukkan rokok yang dirampas daripada sebuah kapal tangki di Kemaman semalam.

KEMAMAN – Cubaan 20 penyeludup warga asing dan tempatan untuk menyeludup rokok kretek bernilai kira-kira RM2 juta gagal apabila kegiatan haram itu berjaya dihidu pasukan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuantan kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Maritim Nasir Adam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, sebuah bot laju pasukan itu mengesan sebuah kapal tangki dan dua bot pancung dalam keadaan mencurigakan.


“Hasil pemeriksaan, kapal tersebut didapati membawa kira-kira 50,000 karton rokok kretek yang dipercayai mahu diseludup ke negara ini.

“Berikutan itu, seramai 14 suspek warga Indonesia dan enam suspek warga tempatan yang berada di atas kapal dan bot telah ditahan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top