NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengaku dirinya bukan lagi tokoh Korea Selatan paling popular di dunia selepas berdepan dengan fenomena tarian Gangnam Style dipelopori selebriti Psy.

Menurut Ban, dia berasa seperti dibayangi Psy selepas gerak tarinya ditonton lebih 530 juta kali di YouTube. “Saya agak cemburu.


“Dua hari lalu seseorang memberi tahu, saya adalah tokoh Korea Selatan paling terkenal di dunia tetapi kini terpaksa menerima hakikat ada orang lain lebih popular tetapi saya tak menyesal,” katanya.

Sebelum itu, Ban turut mencuba beberapa aksi tarian Psy. - AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top