Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi.  Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.


Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.

Atau

Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit.

Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top