Permohonan Online kemasukan ke uitm bagi program (IJAZAH SARJANA MUDA / PENERAPAN / PLK/SS/ PROFESIONAL )

Prosedur permohonan kemasukan ke UiTM (Universiti Teknologi MARA) bagi kemasukan Tahun 2013 sesi akademik 2:



  •     Pemohon hendaklah bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan
  •     Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Oktober 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.(no. slip yang dibeli sebelum 1 Oktober 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  •     Sila nyatakan Peringkat Program (IJAZAH SARJANA MUDA / PENERAPAN / PROFESIONAL / PLK / SS) semasa pembelian no. Slip di BSN.
  •     Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
  •     Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 1 Oktober 2012 (Isnin).Tarikh tutup permohonan online pada 31 Oktober 2012 (Rabu).
PERINGATAN :

    Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
    Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my
    Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon

Pemohon diminta melayari laman web http://online.uitm.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Tarikh permohonan ke uitm bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top