Beberapa hari yang lalu, penulis menerima email dari seorang penuntut IPTA yang menyatakan rasa kecewa dirinya serta rakan-rakan yang lain terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut email tersebut, pengadu mendakwa pihak pengurusan PTPTN seperti tidak serius dalam menyediakan perkhidmatan kepada pemohon pinjaman.

Mana tidaknya, setiap panggilan yang dibuat menerusi talian Hotline PTPTN (03-20804455) mengambil masa 30-45 minit untuk dijawab oleh operator khidmat pelanggan.


Adakah hanya seorang sahaja operator yang bertugas pada satu-satu masa?

Penulis sendiri membuat siasatan berdasarkan aduan yang diberi. Jelas, memang benar apa yang diadukan.

Penulis sendiri terpaksa menunggu lebih dari 30 minit untuk bercakap dengan operator khidmat pelanggan.

Justeru, suka untuk penulis merujuk beberapa kes yang mungkin hampir sama berlaku menerusi laman rasmi Facebook PTPTN.

Pihak PTPTN sendiri mengakui kelemahan yang dialami oleh mereka dan mereka sedaya upaya untuk mempertingkatkan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Namun, pihak PTPTN terus dihentam dengan pelbagai komen-komen yang ‘pedas’ serta bernada kecewa.

“..Call memanjang on machine pegawai kami sedang sibuk. … Nak check status pun tak boleh. Macam tak ada orang kerja!!,” memetik kenyataan Fadzeeha Abdul Ghani menerusi laman Facebook PTPTN.

Selain itu, Fitrah Ramlan turut kecewa apabila beberapa panggilan yang dibuat sebelum ini tidak berangkat oleh pihak PTPTN.

“Saya pun dah cuba ‘call’ banyak kali tapi ‘still’ tak angkat. nak tahu pinjaman pembiayaan pelajar IPTA pengambilan September kelompok 1 bila akan dikeluarkan?”

Pengurusan PTPTN harus sedar bahawa pelanggan mereka merupakan golongan pelajar dan rata-rata pemohon bukanlah dari golongan yang senang.

Bayangkan jika setiap panggilan yang tidak berjawab mencecah hingga RM7 setiap satu panggilan, bayangkan jumlah bil yang perlu ditanggung pemohon.

Untuk pengetahuan umum, pihak PTPTN telah melanjutkan waktu operasi Call Centre iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

Justeru, pihak PTPTN perlu memandang serius terhadap aduan-aduan yang dilemparkan berkenaan kelemahan perkhidmatan mereka.- mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top