Jenazah Suharto dimasukan dalam van untuk dibawa ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian. Gambar kecil: Suharto.
Suharto Abdullah, 45, yang menyaksikan perlawanan tersebut bersama dua rakannya tiba-tiba tidak sedarkan diri, 20 minit sebelum perlawanan berakhir.
Isterinya, Maliza Othman, 43, berkata, dia menerima panggilan rakan suaminya kira-kira jam 10.30 malam memberitahu suaminya rebah ketika menyaksikan perlawanan.
Menurutnya, selang beberapa minit, dia diberitahu suaminya sudah meninggal dunia akibat sesak nafas.
“Arwah tidak pernah mengadu sakit dan terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian ini.
“Kami sempat keluar bersama membeli baju jersi Kelantan warna putih, pagi sebelum dia menaiki kapal terbang ke Shah Alam,” katanya selepas selesai solat jenazah di surau Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini, semalam.
Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai ejen syarikat Insurans Takaful Malaysia berhasrat ke Sydney, Australia bersamanya pada 19 Oktober ini bagi menyertai konvensyen luar negara Takaful Malaysia selama enam hari tidak kesampaian.
Rakannya, Che Mat Yacob Sulaiman, 45 berkata, dia terkejut melihat Suharto seperti mahu jatuh daripada tempat duduk selepas semua penyokong bangun bersorak.
Menurutnya, dengan bantuan orang ramai dan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Suharto dihantar ke KPJ Shah Alam tetapi meninggal dunia dalam perjalanan dan dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.
“Ketika perlawanan berlangsung, dia tidak menunjukkan perubahan atau sakit sehinggalah rebah,” katanya.
Jenazah Suharto dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tanjung Mas dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas, Kelantan. -sinar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda