Gambar ihsan dari google

KUALA LUMPUR: Penurunan duti eksais kereta-kereta import akan menyaksikan pasaran kereta terpakai terjejas teruk, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata kerajaan akan mencatatkan penurunan pendapatan memandangkan kerajaan mengumpul RM7 bilion setahun daripada duti eksais kereta-kereta import.

"Kita perlu melihat secara mendalam. Ia bukanlah masanya untuk mengadakan satu penyelesaian jangka panjang," kata beliau di program #Tanya Najib: Belanjawan 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Awani di sini malam Rabu.

Beliau berkata kerajaan mesti mengambil kira bukan hanya Proton, tetapi juga keseluruhan ekosistem yang bergantung kepada Proton sebagai kelangsungan hidup mereka.

"Pemilik kereta di Malaysia ialah antara tertinggi di dunia dan saya sedar yang orang ramai mahukan pilihan terbaik," kata beliau.

Baru-baru ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencadangkan agar harga kereta diturunkan dengan melelong Permit Import (AP), sekali gus menyarankan yang AP untuk kereta perlu melalui tender terbuka yang boleh memberikan pendapatan yang lebih lumayan kepada negara. - BERNAMA

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top