KUALA LUMPUR: Lebih ramai warga tua menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di rumah kebajikan selepas ditinggalkan oleh keluarga di hospital-hospital awam.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur, Hasnah Sulaiman berkata sehingga Jun tahun ini, 157 pesakit telah ditinggalkan oleh keluarga mereka di hospital.


Manakala sebanyak 205 warga emas telah ditinggalkan pada tahun lepas.

Hasnah berkata 95 peratus daripada mereka yang ditinggalkan terdiri daripada keluarga miskin.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes, ahli keluarga enggan membawa mereka pulang atau tidak dapat dihubungi kerana nombor telefon dan alamat palsu telah diberikan semasa pendaftaran.

"Dalam beberapa kes, doktor sendiri telah menghubungi anak-anak mereka untuk memberitahu bahawa ibu bapa mereka telah pulih, tetapi mereka menegaskan bahawa orang tua masih sakit," katanya.

Satu lagi alasan biasa adalah mereka tidak mempunyai masa untuk mengambil ibu bapa tua mereka puang.

Beliau berkata hospital biasanya menyerahkan warga tua yang diabaikan lama kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Namun kebanyakan rumah perlindungan kini hampir penuh." katanya.

Sementara itu, salah seorang penyelaras di Rumah Kasih, Foong Peng Lam berkata hospital sering meminta tempat perlindungan untuk pesakit warga tua yang ditinggalkan kerana tidak cukup ruang bagi menempatkan pesakit baru.

Katanya Rumah Kasih telah membantu menempatkan seramai 496 pesakit dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Selayang, Institut Perubatan Respiratori dan Hospital Sungai Buloh sejak ditubuhkan pada tahun 2000.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, bilangan warga tua ditinggalkan oleh keluarga mereka meningkat sebanyak 1 peratus setiap tahun iaitu antara 2008 hingga 2011, berdasarkan bilangan kemasukan ke sembilan buah Rumah Seri Kenangan.

Rumah kebajikan tersebut mengambil warga tua yang berusia melebihi 60 tahun iaitu seramai 340 orang pada tahun lepas berbanding 248 pada tahun 2010.

Angka daripada Penduduk Negara Dan Lembaga Pembangunan Keluarga iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati kira-kira 675,000 warga tua tidak menerima bantuan kewangan dari anak-anak mereka pada tahun 2004 selepas Kajian Keempat Penduduk Malaysia dan Ukur Keluarga dijalankan. -mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top