Kaherah – Sebuah stesyen televisyen Nile News TV membatalkan program baru The 24th Hour”selepas penyampai beritanya gagal kesan, dalam satu insiden yang disifatkan sebagai mengejutkan dalam industri media Mesir.

Keputusna itu diambil selepas penyampainya, Ahmed Naquid tidak muncul di stesyen berkenaan tanpa sebarang alasan.


Manakala seorang lagi penyampai, Asharf Abdul Muti pula telah pulang ke rumah selepas tamat tugas shifnya tanpa menunggu rakannya datang.

Bagi menggantikan program berkenaan, Nile News menyiarkan rancangan dokumentari.

Dalam pada itu, Ketua Nile News TV, Sameh Ragai menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kesalahan yang amat bodoh dan bernasib malang.

Beliau membuat kenyataan itu di dalam internet, selepas mengarahkan supaya program berkenaan dibatalkan.

Nile News merupakan sebahagian daripada rangkaian stesyen televisyen rasmi bawah kerajaan.

Sementara itu, satu pertubuhan dikenali sebagai Nile News Youth Coalition menggesa Menteri Penerangan, Salah Abdul Maqsoud supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kecuaian berkenaan.

Pertubuhan itu juga mahu menteri tersebut supaya menghukum pegawai paling kanan dalam Nile News, dan menggantikannya dengan mereka yang lebih professional.

Dalam kenyataan yang disiarkan gabungan berkenaan dalam Facebook, mereka juga menyifatkan insiden terbaru itu menunjukkan kegagalan pengurusan Nile News untuk menangani sebarang masalah.

“Masalah berkenaan berlaku ketika Sameh Ragai menjadi ketuanya,’’ kata kenyataan berkenaan. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top