Sudahlah kemenangannya sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dipertikaikan, terbaru kemenangan pelakon Tasha Shilla sebagai Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 juga menjadi bualan hangat.Jika di ABPBH 2012, Tasha kononnya menang kerana membayar peminat untuk mengundinya serta mendapat tajaan Datuk J untuk membeli undi, terbaru kemenangan pelakon ‘Gemilang’ ini sekali lagi dicalit kontroversi di mana pengurusnya dikatakan sanggup ke hulu ke hilir bagi meraih serta meminta orang untuk mengundi artisnya itu.

Benar atau tidak isu ini, Kami berjaya mendapatkan komen pengurus Tasha sendiri, Embun bagi mengulas mengenai isu yang dibangkitkan ini.

“Ya, saya tak menafikan yang saya buat benda itu. Saya rasa tak salah benda ini sebab ia merupakan salah satu usaha saya untuk bos saya. Benda ini satu strategi dan adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya untuk mempromosikan bos saya.

“Lagipun, bukanlah saya pergi kepada semua orang untuk minta undi Tasha. Saya hanya pergi jumpa orang yang saya kenal saja,” ujar Embun ketika ditemui pada majlis sidang media ‘I Love Malaysian Designer’, di Hotel Royal The Curve, Damansara, petang Selasa.


Tasha yang berada di samping Embun turut memberitahu, “Saya kesian bila orang cakap macam itu pada dia. Saya anggap dia dah macam keluarga saya sendiri dan sudah menjadi tugasan dia untuk menjaga saya selain menaikkan karier saya.

“Apa-apapun, semuanya terpulang kepada rezeki masing-masing dan saya bersyukur kerana peminat tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini. Alhamdulillah, rezeki berlakon saya juga semakin bertambah.”

Menyentuh mengenai perkembangan karier lakonannya, Tasha memberitahu baru saja selesai penggambaran telemovie, ‘Jangan Ambil Nyawaku’ untuk siaran Ramadhan tahun depan. Pada November ini, Tasha akan berangkat ke Abu Dhabi selama 25 hari untuk penggambaran drama bagi Slot Akasia TV3, ‘Cinta Bertamu di Abu Dhabi’.-suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top