Sebaik menutup suis televisyen, saya tergamam seketika dikejutkan dengan bunyi dentuman yang amat kuat seolah-olah sebuah jet baru sahaja terhempas. Saya bergegas keluar rumah bagi melihat apa yang berlaku,”
B Shasi,35, antara saksi awal kemalangan ngeri yang telah meragut empat nyawa, membabitkan dua kenderaan Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi tersebut, mangsa yang terbunuh adalah pemandu Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di sini serta penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.

Dua lagi penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, serta Chang Hong Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Kedua-dua kereta tersebut yang datang dari arah pusat bandar menuju ke Semambu, dekat sini, dipercayai telah dipandu laju sebelum bergesel sesama sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top