SEJAK beberapa hari lalu, kecoh seketika industri seni apabila Hans Isaac mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan aktres, Neelofa.

Bagaimanapun, Neelofa yang ditemui selepas sidang media Anugerah Skrin 2012 di Hotel Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara menegaskan, ada perkara yang kurang tepat mengenai perkara itu.

Namun, Neelofa, 23, mengakui penerbit berusia 41 tahun itu adalah antara kawan rapatnya kini.


“Isu ini sudah dimainkan sejak setahun lalu, ketika kami mula terlibat dengan pembikinan Lemak Kampung Santan. Lofa bukanlah nak menafikan atau menidakkan tentang persahabatan kami. Tapi sememangnya sejak awal lagi kami hanya berkawan.

“Namun ada kala masanya, Lofa perlu simpan sedikit kisah peribadi Lofa. Tapi jika sudah betul-betul pasti ke satu tahap yang lain, Lofa akan dedahkan kepada peminat. Lofa tidak akan berahsia,” ujarnya yang mesra disapa dengan panggilan Lofa.

Neelofa menjelaskan, dia bukan terpaksa memilih untuk merahsiakan hubungannya dengan Hans kerana isu agama, sebaliknya tidak mahu ada salah faham lain yang akan timbul kelak.

“Ia bukan melibatkan isu agama atau keluarga semata-mata, tapi Lofa sebagai 'public figure', orang akan perhatikan tindak tanduk Lofa. Untuk Lofa keluarkan apa-apa kenyataan, ia perlu difikirkan betul-betul.

“Sebab kadangkala ada isu yang kecil, tapi kesannya besar. Jadi buat masa sekarang, Lofa mahu simpan sedikit hal personal Lofa dan jika sudah tiba masanya, Lofa akan beritahu,” katanya yang akan mengacarakan Anugerah Skrin pada 7 November ini bersama Awal Ashaari. -sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top