Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin pelakon baru yang semakin meningkat naik ini kini terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dipulau oleh segelintir wartawan hiburan.
“saya tak tahu dari mana datangnya cerita ini dan ini kali pertama dengar (mengenai diboikot wartawan).”
“Saya kurang ajar dan tak angkat panggilan? Telefon saya ini sentiasa ada di tangan saya. Mustahil saya tak perasan setiap kali ada kalau ada panggilan ataupun mesej yang masuk. Saya memang betul tak tahu macam mana isu ini boleh timbul,” katanya ketika ditemui semasa Siri Jelajah Anugerah Skrin 2012 di e@Curve, Mutiara Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.
Di beritakan pelakon genit itu dikatakan sukar memberikan kerjasama selain turut digelar kekwat apabila beliau di katakan sukar mengangkat telefon ketika dihubungi wartawan.
Nad ketika di minta mengulas isu ini kelihatan sangat terkejut dengan dakwaan itu menyatakan tidak kisah sekiranya dirinya diboikot wartawan kerana dia tidak membuat hal dengan pihak lain sebaliknya sentiasa cuba memberikan kerjasama apabila diminta menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan pihak media kepada dirinya sebelum ini.
“Saya ni kurang ajar ke? Mungkin ada soalan yang saja jawab kurang menyenangkan mereka.
“Kalau ikut perwatakan saya memang macam ni, agak kasar sikit. Tapi bila saya jumpa mana-mana wartawan ataupun orang ramai, saya pun tahu nak hormat mereka,” katanya.
“Bagi saya mudah saja, mungkin sebab tak ada isu panas tentang saya, maka timbul pula cerita fasal sikap saya pula. Susahlah macam ini kerana saya masuk dalam bidang seni adalah untuk belajar, bukan untuk mencipta sebarang kontroversi.”
“Tapi tak mengapalah, biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya yang mahu lebih memberi fokus ke atas kariernya daripada memikirkan kontroversi remeh-temeh.”
Popular dengan drama bersiri Bukan Bidadari, Nad Zainal kini berlakon dalam drama terbaru, Putera Rayyan yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi.-suarapeople
Nad Zainal Seksi Hot
BalasHapus