Pelakon wanita, Mila Kunis telah diberikan gelaran sebagai ‘wanita paling seksi di dunia’ oleh majalah Esquire Amerika bagi keluaran November.

Mila, 29, pelakon bagi beberapa program televisyen seperti That ’70s Show’ dikatakan oleh majalah tersebut sebagai seorang yang ‘paling cantik’, ‘mempunyai pandangan sendiri’, ‘ramah’, dan juga ‘pelakon yang kelakar yang telah dikenali ramai sejak beliau berumur sembilan tahun lagi’.


Beliau baru-baru ini telah berlakon dalam beberapa filem termasuk ‘Ted’.

Beliau juga akan berlakon dalam filem ‘Oz: The Great And Powerful’, dan juga suara latar bagi ‘Meg Griffin’ bagi kartun ‘Family Guy’.

Antara yang tersenarai dalam kategori ‘wanita seksi dunia’ bagi tahun ini termasuk Jessica Chastain, Anne Hathaway, Gabourey Sidibe dan juga Katie Holmes. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top