KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memakai topeng ski dan bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila menembak mati seorang ejen insurans dari jarak dekat di hadapan isteri dan pembantu rumah mangsa dalam kejadian yang disyaki bermotifkan dendam semalam.

Kejadian pukul 9.10 pagi di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat Jalan Klang Lama di sini itu berlaku ketika Fong Yen Chong, 72, bersama isteri, 60-an, dan pembantu rumahnya baru menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar berhampiran.


Sebaik meninggalkan rumah teres dua tingkat miliknya sejauh 5 meter, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba menghalang kenderaan mangsa dari arah bertentangan.

Suspek kemudian memandu ke arah pintu pemandu kereta Yen Chong sebelum penjenayah terbabit menurunkan tingkap keretanya lalu melepaskan lima das tembakan yang meragut nyawa ejen insurans tersebut.

Mangsa baru menyambut ulang tahun kelahirannya Khamis lalu. Isteri dan pembantu rumah mangsa tidak cedera.
Kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top