PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat.



Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman, 31, yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. - Bernama

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top