Kenyataan Emma Maembong di dalam entri tersebut suarapeople petik daripada beautifulnara. Namun selepas sedikit komunikasi menerusi twitter bersama tuan punya badan sendiri, Emma menafikan pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Emma dengan twitter yang cukup berhemah dan sopan telah menerangkan kepada suarapeople kenyataan sebenarnya.

 kami olah sedikit namun maksudnya tetap sama.
Gambar-gambar itu diambil masa usia Emma masih budak-budak. Seperti orang lain, masa itu Emma pun mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Pemikiran pun tidak matang. Apa yang kawan-kawan pakai, Emma pun pakai juga. Dalam hidup kita, semua orang ada sejarah silam masing-masing. Sejarah ini tak boleh dipadam namun semuanya Emma ambil sebagai pengajaran.

Masa remaja kita sering buat sesuatu tanpa berfikir panjang, namun bila dah dewasa kita barulah kita sedar. Emma mohon maaf atas kisah silam Emma. Emma pun baru 4 bulan dalam industri ini. Jadi Emma mohon maaf kepada semua atas kisah silam Emma ini.

emmama2 Kenyataan Saya Diputarbelitkan Media – Emma Maembong

Kami nampak keikhlasan dan kejujuran Emma Maembong memohon maaf atas kesilapan masa silamnya. Kami rasa kenyataan “Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja” tidak pernah dikeluarkan oleh Emma. Biasalah kadang-kadang memang ada tokok tambah daripada media untuk menyedapkan lagi cerita.

emmama3 Kenyataan Saya Diputarbelitkan Media – Emma Maembong


Kepada Emma, semoga tabah menghadapi kontroversi di dalam dunia hiburan. Anggap sahaja ini sebagai cabaran dan peluang untuk nama anda lebih dikenali. Secara jujur, Kami nampak Emma ada pakej yang lengkap untuk terus popular. Good luck and all the best kepada Emma di masa hadapan.

sumber:beautifulnara


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top