LOS ANGELES – Penyanyi, Katy Perry menunjukkan sokongannya terhadap Presiden Barack Obama dengan melukis wajah pemimpin itu pada kuku jari tangannya.

Katy, 27, yang turut melukis bintang, jalur dan logo Parti Demokrat pada kukunya, menyokong usaha Obama untuk mempertahankan jawatan bagi penggal kedua pada pilihan raya November depan.

Katy juga menyanyi untuk Presiden Amerika Syarikat itu dalam kempen memungut sumbangan di Los Angeles, Ahad lalu.


“Saya menyanyi untuk Presiden Obama malam tadi kerana saya percaya kepada Persamaan Hak ,” kata penyanyi itu dalam Twitternya.

Bintang lain yang menyertainya pada acara itu ialah Bon Jovi, Jennifer Hudson dan Stevie Wonder. – DM

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top