Duchess of Cambridge, Catherine (kiri) ketika beramah mesra dengan pesakit Zakwan Anuar, 15, penghuni Hospis Malaysia sempena lawatannya ke Pertubuhan Amal Hospis Malaysia di Kuala Lumpur September lalu. Zakwan, bagaimanapun meninggal dunia pada Isnin akibat penyakit leukimia. -fotoBERNAMA


LONDON: Isteri Putera William, Catherine melahirkan rasa sedih beliau ekoran kematian seorang remaja pesakit kanser yang ditemuinya semasa melawat Malaysia bulan lalu, lapor Istana St.James.

Zakwan Anuar, 15, yang menghidap leukimia telah menangguhkan pemindahan darah untuknya selama 24 jam hanya kerana tidak mahu terlepas peluang bertemu dengan pasangan diraja itu semasa mereka melawat Hospis Malaysia pada 13 September lalu.


Duchess of Cambridge meluangkan masa selama 15 minit berbual dengan Zakwan dan sempat menandatangani kad hari jadi Allhyarham.

Ini membuatkan Zakwan tersenyum dan gembira sedangkan Allahyarham jarang-jarang berkeadaan begitu.

Catherine dalam kunjungannya ke Malaysia secara peribadi meminta supaya diadakan lawatan ke institusi tersebut dan memilih untuk berucap buat pertama kali dalam lawatannya di luar negara di Hospis.

Menurut jurucakap istana, Duke dan duchess of Cambridge amat bersedih apabila dimaklumkan akan kematian Zakwan dan ingatan mereka ketika ini adalah bersama keluarga arwah. -AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top