Johan Sangkal Dakwaan Putus Cinta Dengan Nabila: Disebabkan hadir secara berasingan dalam acara Karpet Merah Anugerah Blockbuster pada Sabtu lalu, pasangan popular Johan As’ari serta Nabila Huda dikatakan telah berpisah.


Tiada lagi hubungan cinta di antara mereka.  Desas-desus mengatakan pasangan ini terpaksa berpisah kerana tidak mendapat restu keluarga.

Pada ruang gosip portal hiburantanah air selasa melaporkan hubungan cinta Johan dan Nabila Huda sudah pun berakhir kira-kira sebulan lalu. Namun dakwaan kononnya perpisahan mereka disebabkan desakan keluarga adalah tidak benar. Sebaliknya  berhubung dengan kerjaya masing-masing.


Persoalan yang timbul, apakah benarkan pasangan ini telah berpisah?

Hari ini Johan tampil dengan membuat kenyataan  bagi menafikan khabarnya hubungan cintanya dengan anak kepada Amy Search itu telah putus.

Johan berkata, tidak timbul isu mendapat restu dari keluarga kerana dia dengan Nabila tidak pernah bercinta. Sebaliknya hanya sekadar kawan biasa.

Johan As’ari menambah, keluarganya tidak pernah menghalangnya baginya berkawan baik dengan Nabila. Malah, mereka juga turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka.

Bagaimanapun, Johan akui dia dengan Nabila semakin jarang berjumpa disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top