Jaket Peluk Untuk Pengguna Facebook
SAN FRANCISCO – Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.
Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.
Disifatkan sebagai ‘media sosial yang boleh dipakai’, jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik “Like” pada status yang ditulis.
Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.
” Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh,” kata Chow. – AFP
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda