Seorang wanita layak digelar ‘ibu setan’ kerana bukan saja melacurkan
anak gadisnya sendiri berusia 13 tahun, malah suami wanita terbabit,
yang juga bapa tiri mangsa, sanggup bersekongkol melakukan kegiatan
terkutuk itu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan keluarga.Difahamkan, pada mulanya, ibu durjana berusia 30-an
itu terpengaruh dengan tawaran seorang lelaki menawarkan RM1,500 bagi
meniduri anaknya, asalkan gadis terbabit masih dara.


 Gelap mata dengan bayaran bakal diterima itu, wanita terbabit bersama
suami dan seorang rakan, membawa anaknya ke bandar raya ini dengan
alasan bersiar-siar sebelum ditinggalkan seorang diri di bilik sebuah
hotel di sini.Seorang lelaki memasuki bilik hotel berkenaan lalu merogol mangsa sebelum meninggalkan gadis berkenaan.Difahamkan, sebelum meninggalkan hotel, lelaki terbabit turut
menyerahkan wang kepada ibu mangsa seperti dijanjikan selepas yakin
gadis berkenaan masih dara.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top