KUALA LUMPUR – Pengurus kepada pelakon lelaki, Johan As’ari akui terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia mengongkong dan mengawal hidup artis jagaannya itu.

Menerusi laporan Murai.com, Maryna Juki ternyata tidak faham mengenai cerita dia mengawal Johan sedangkan tidak pernah ada cerita kurang enak timbul sepanjang dia menjaga aktor kacak itu.

Pada 7 Oktober lalu, sejurus selesai Anugerah Blockbuster anjuran Astro yang diadakan pada 6 Oktober, penyanyi rock Malaysia, Amy Search telah menegur Johan mengenai pengurus Johan di laman sosial, Twitter.



Amy dengan terang-terang menegur Johan supaya pengurus peribadinya menghormati Johan dalam setiap perkara yang dia lakukan.

Namun, Maryna menafikan dia mengongkong dan mengawal Johan selama ini.

“Saya tidak pernah mengongkong mana-mana artis yang mengambil khidmat pengurusan bersama saya. Mungkin lebih kepada memberi nasihat dan berpesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku. Itu sahaja, dan ianya saya praktikkan kepada semua artis saya, bukan hanya kepada Johan As’ ari semata-mata.

“Jadi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita kononnya saya mengawal Johan As’ari sehingga Amy Search boleh menulis status demikian,” kata Maryna.

Menceritakan kejadian pada malam anugerah itu berlangsung, Maryna memberitahu memang dia dan Johan serta krew artis yang lain bertembung dengan keluarga Amy Search.

Ketika itu, Johan sempat berhenti dan menyapa isteri Amy sebelum masuk ke dewan acara.

“Pada malam itu memang kami bertembung dengan Amy Search, tetapi Johan ada berhenti untuk tegur dan berbicara dengan isteri Amy manakala saya dan rakan kerja lain terus ke bilik persalinan.

“Untuk mendapatkan kepastian, Johan sendiri boleh menjelaskan tentang perkara ini,” katanya.
Selain menjaga perihal kerjaya seni Johan, Maryna juga turut menjaga artis lain iaitu Kaka dan Zizan Raja Lawak.

Justeru, dia pelik kerana sepanjang menjaga Zizan dan Kaka, tidak pernah ada cerita kurang enak timbul seperti yang ditegur oleh Amy Search. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top