NAJIB menyampaikan anugerah Perdana Menteri ‘Best of the Best’ kepada pengasas Ada Vista Sdn. Bhd., Azli Paat selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menjalankan kajian mendalam berhubung modul baharu menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi menaik taraf dan meningkatkan kemahiran guru dan bukan membandingkannya dengan cara tradisional dan konvensional, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, modul baharu itu boleh membawa kepada kemungkinan yang sangat menarik daripada menghantar mereka ke institut semasa cuti persekolahan.

“Kita perlu mengenal pasti beberapa guru cemerlang dalam setiap subjek pada setiap tahun, mendapatkan mereka bagi membangunkan kandungan dan meletakkannya dalam talian manakala guru-guru lain menjadi mentor dan fasilitator,” katanya pada akhir mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia (IPA) di sini semalam. -kosmo

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top