Persoalan adakah benar Julia Hana merupakan kekasih kepada pemain bola sepak popular ini terjawab apabila Safee Sali memberikan kata penafian kepada media hari ini.
Menariknya, untuk mengukuhkan penafian tersebut Safee Salimengakui yang beliau kini sedang bercinta dengan seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti gadis tersebut.

Cabaran ini kami terima dan seorang pembaca kami di Jakarta, Indonesia telah mengirimkan dua keping gambar yang di’dakwa sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau.

Mereka berdua di’lihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.
Menurut sumber kami, gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di’sana.
“Cukup saya kata kekasih saya bukan Julia Hana. Dia (kekasih) bukan juga artis atau orang ternama. Pada masa ini, biarlah hal ini peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat,” ujar Safee Sali kepada Utusan Malaysia hari ini. -rotikaya

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top