SEOUL : Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia.

Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style.

Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular.


Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun.

Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzik Gangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali ‘bots’.

Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali.

Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style.

Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini.

Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. – AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top