Farid Kamil menjelaskan pembabitannya dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Farid dalam satu kenyataan dalam Berita Harian pada Isnin berkata, penyertaannya itu adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
"Saya rasa dengan menyertai PVR ini kita dapat bersama-sama membantu polis menangani masalah jenayah dan menjaga keamanan negara," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri sesi temu duga di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Dalam pada itu, Farid memberitahu kesedaran untuk berkhidmat sebagai PVR timbul selepas dia terbaca mengenai nisbah tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.
Farid mengisi borang semasa menghadiri sesi temu duga Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu.
"Saya juga mengetahui mengenai PVR ini ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahan saya iaitu PER3 dan sejak itu saya mula mempunyai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR," jelasnya.
Sementara itu, Farid memberitahu dia akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan. -mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda