Emma Maembong Di Cop Kaki Propa, Tak Tepati Janji
Sudah timbul di dalam laman web hiburan berkenaan dengan seorang artis yang di katakan baru popular tetapi mula buat hal. Artis yang di sebutkan ialah Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail pelakon yang berdarah Melayu dan Scotland.
Menurut info, Emma Maembong ni semenjak muncul menerusi drama Kau Yang Terindah, nama dia mulai di sebut-sebut dan semakin meningkat naik, bahkan cerita dan gambarnya turut terpampang di laman-laman web hiburan tempatan menandakan populariti yang berkembang. Namun, apa yang tak sedap di dengar apabila dia dikatakan mulai buat hal.
Entah benar atau tidak, menerusi Pancaindera Utusan Malaysia semalam, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur wartawan.
Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama wartawan Pancaindera untuk satu sesi fotografi pagi Rabu lalu. Jenuh jugalah jurusolek dan teman wartawan ni menunggu kelibat Emma, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung.
Untuk menambah kebengangan wartawan Pancaindera yang lama menunggu, tiada pula SMS atau panggilan telefon dari Emma untuk membatalkan temujanji tersebut.
Yang menariknya, menurut Syed ini bukan kali pertama Emma tak muncul-muncul sebaliknya sebelum ini pun dia ada buat hal yang sama juga.
sumber
muka cun....
BalasHapus