Sempena ulang tahun kelahiran Rossa, Yoyo dengan ikhlas mendoakan agar bekas isterinya itu segera bertemu pengganti dirinya.

"Tiada ucapan yang lebih bermakna selain doa buat Ocha (Rossa) supaya segera bertemu jodoh," katanya yang ditemui ketika majlis doa selamat di rumah Rossa kelmarin.


Malah, Yoyo juga berharap Rossa akan menjalani ibadah haji dengan lancar dan baik, serta sempat berpesan supaya Rossa menjaga diri sepanjang berada di sana.

Sementara itu, Rossa yang bakal berangkat ke Tanah Suci Jumaat ini, sempat memohon maaf dan meminta semua pihak mendoakan dirinya.

“Semoga saya diberikan kelancaran, diberikan kenikmatan dan sentiasa berfikiran positif sepanjang berada di sana. Walaupun sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga untuk tempoh sebulan tapi saya rasa amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana.

"Bagaimanapun, saya takut apakah saya mampu jadi individu yang lebih baik selepas pulang dari sana kelak," akhirinya.-sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top