Cubaan Seludup 16 Ekor Anak Harimau Terbantut
BANGKOK – Polis Thailand berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 16 anak harimau berhampiran sempadan Laos, kelmarin.
Ketua penyiasat polis daerah tempatan, Leftenan Kolonel Kusol Pongbunchan berkata, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di pintu sempadan di Khon Kaen wilayah di timur laut Thailand.
“Pihak berkuasa turut menemui lebih sedozen anak harimau berusia antara enam minggu dan dua bulan di dalam sangkar pada bahagian belakang trak tersebut,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa dibayar 15,000 baht (RM1,602) untuk mengangkut anak harimau itu dari Bangkok.
Beliau berkata, pemandu itu kini menghadapi tuduhan pemilikan haram dan penyeludupan spesies terancam. – AFP
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda