Pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson khabarnya telah diboikot oleh beberapa media gara-gara insiden yang berlaku pada tahun lalu.

Ia berlaku ketika majlis perkahwinannya bersama Sha’arin Mohammed Razali Wong berlangsung di Duchess Place, Ampang.

Tetamu media dikatakan tidak dapat masuk ke dalam dewan kerana dihalang.

Patutlah sekarang ini Yasmin Hani jarang muncul di kaca televisyen mahupun akhbar.

Menerusi Gua.com.my, Hani mengakui yang dia turut dapat merasakan yang dirinya di boikot.

Namun dia tidak terkilan dengan insiden yang berlaku.

“Ya, saya rasa ada media yang boikot tapi saya tak nak ambil tahu sangat perkara ini. Saya perasan juga mengenai apa yang berlaku tapi nak buat macam mana, tak apalah.

“Bagi saya, rezeki saya terletak di tangan Allah. Kalau ada sesiapa yang nak temubual, saya dengan berbesar hati boleh datang dan bagi yang nak boikot, terpulang kepada mereka.” kata Hani yang turut ditemai suami ketika ditemui di Flora Terrace, Hampshire Place, baru-baru ini.

Sha’arin menambah, dia dan Hani berada diatas pelamin ketika itu dan tidak tahu apa-apa mengenai hal berkenaan.

“Kami ada menjemput media namun meja sangat terhad dan mungkin mereka yang tidak dapat tempat duduk itu tidak membuat pengesahan kehadiran terlebih dahulu.

“Bagi saya, buat apa kita nak menyesal dan minta maaf sebab kami tak buat salah pun. Malah, kami juga tak halau pun media yang hadir,” katanya.

Bagi pendapat penulis, walaupun kita sedar yang sebenarnya kita tidak bersalah, tetapi tidak ada salahnya jika ringankan mulut untuk minta maaf.

Sekurang-kurangnya, kita dah menjalankan tanggungjawab kita dan selebihnya bergantung kepada orang itu hendak memaafkan atau tidak.

Daripada menambah dosa orang membenci dan mengata kita lebih baik kita mengambil jalan untuk menjernihkan keadaan. Tak gitu? -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top